i'm Yours

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 23 March 2012

Sape Sofia Syahirah?

Sape ye empunya nama tu,sure uols nk tau kan,orangnya sangat manis dan comel sekali, sungguh baik perangainya, pendek kata senang jaga la..hehehe,actually sofia syahirah ne merupakan anak kepada sahabat baik aku iaitu ct dan sam.tahniah wat ct dan sam.dia dilahirkan pada bln 7 Januari 2012, berat ketika dilahirkan 3.25 kg...blh thn jugak beratnya..hehe, dia dilahirkan secara caesar/pembedahan.tp yg penting kedua-duanya selamat.aku p tgk waktu dlm pantang tu,tp disbbkn ada masalah teknikal skit,xde lak pic aku snap.nasib baik mama dia sudi bg pic utk my vlog ne..moga2 nti dia dh besar dia tgk blog "akak" dia yg cute ne..kekeke..perasan xsudah..haha..klu mama dia baca ne,cnfirm, terbluweekkk dpn pc..dh xyah membebel..jom kita layan pic anugerah illahi yang cukup indah ini...


kenapa terang sgt ne..sy nk tdo pun xleh..hehe


ha..bila dia bukak mata cmne..dh rupa anak org korea pun ada....
agaknya waktu mengandungkan sofia,mama dia suka tgk citer korea..kekeke


selang 3 bulan........


setelah mamanya selesai berpantang, inilah rupanya skrg,time tu kebetulan aziah dtg tdo umah aku,dan dah alang-alang,p ziarah si tomey ne...nk tgkla rupa dia skrg..kekeke..nk tgk x? 
scroll bawah.........................................................................................................












tdo lagi..hehe

sape suh dtg time mlm,sofia tdo la "kakak"hehehe

akak nk amik berkat...kekeke..kot2 pasni sofia dpt kawan lak ke..kekeke,
insyaALLAH, amin.

saje nk kacau sofia,time nk aku suh dia bangun celik mata pun xnk...
ngantuk sgt la dia tu..

ha..xlama lg bln 11 ne sofia dpt kawan lg sorang dari unty ne...hehehe


papepun,tahniah wat siti dan sam, semoga kelahiran sofia ini akan mengeratkan lagi perhubungan kalian berdua,insyaALLAH, Amin.

p.s : korang doakan untuk saya jugak ye.insyaALLAH, Amin.....

Sunday 18 March 2012

Lelaki paling manis kawin dengan wanita paling cantik

oh indahnya kehidupan ini bila kita berkahwin dengan lelaki yang paling kita cintai. Lelaki yang akan senantiasa menjaga dan memelihara diri kita ini ke jalan yang diredhai olehnya. Begitu juga dengan kisah yang ingin aku ceritakan ne..story cam saspen je..iye..lelaki paling manis kawin dengan wanita jelita...sape lelaki paling manis tu dan sape wanita jelita tu?hmmmm.....



lelaki paling manis itu adalah WAN MOHD ZIKRI a.k.a KRISS
nape nama dia KRISS...tu aku pun xtau nk jawab,kena tnya pada empunya nama tu..nama tu yg aku pnh tau dan kenal ketika zaman sekolah menengah dlu....aduyai mcm dh tua bila sebut perkataan dlu tu..hehehehe

dan

wanita paling cantik itu pula adalah YAZMEEN HAWARI a.k.a MEEN
seorang wanita yang aku rasa sangat sesuai untuk kriss..sesungguhnya kalian berdua amat cocok sekali(aik tetiba sleng indon lak)kekeke..


dan

aku telah diundang ke Majlis Perkahwinan mereka, seyes..lawa..terpesona,cun,smart,semua ada...papepun congrats utk uols berdua, semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke syurga, insyaALLAH,Amin. kat sini ada aku attachkan beberapa keping gambar utk uols layan tgk...

banner kawen dorang...sgt sweet dan exclusive

ada mcm2 lauk,tp aku brkenan mkn ne je...lgpun on diet**yeke diet,pdhal ko dh mkn mcm2 **

ok ne pelamin kriss n meen**ne la jdnya pic klu pkai hp murah**ngeee

hehehe..sambil2 snap pic pengantin,nk jugak sekeping***mood:perasan**

alamak..pic blur la..**cameraman tu xreti pkai hp aku la tu**

ngee..mood:suke sgt,sbb bru brcdg nk tmbh tmpt rempah ratus kat umah,
tetiba dpt door gift kawen dari kriss dan meen..thanks..sgt praktikal :)

ok lastly utk tatapan uols...

pic khas aku pinjam dari real photographer...
ops bkn pinjam,amik trs lekat kat blog aku...ngeee

haaa..bru jelas nmpk bride kan..hehehe..comeykan
lelaki paling manis kawin dengan wanita paling cantik..so sweet...

SELAMAT MELAYARI BAHTERA YANG BARU DIBINA,
SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA, INSYAALLAH,AMIN

Thursday 15 March 2012

Kasih Bumi

"Happy Friendivesary Day"

itulah ucapan  yang diungkapkan dalam drama Kasih Bumi yang ditayangkan malam td di TV9 jam 8.30. Story ne best, mula2 je dah kelakar, tambah lak pelakon dia pun sememangnya jenis giler2 dan happy go lucky, mmg kena la dgn watak tu. Citer tu mengisahkan 2 orang sahabat baik(lelaki & perempuan) yang telah berkawan dari kecil hingga dewasa, 2 sahabat ne mengalami masalah keluarga yang sama, bagi kasih, ibunya yang merupakan seorang penagih dadah yang terlampau sehingga menyebabkan kasih tertekan dan mencari dunia luar.walaupun tertekan dgn mslh keluarga, kasih tidaklah mengikut jejak langkah ibunya.manakala bagi bumi pula, bapa yang sering tidak pulang ke rumah dan mengabaikan dia dan ibunya, dan telah mengakibatkan bumi mencari kebahagiaan di luar.kasih dan bumi menjadi sahabat baik yang paling akrab sehingga masing-masing menyayangi antara satu sama lain,tp disbbkan keegoaan masing-masing untuk menyatakannya membuatkan kedua-duanya memilih untuk mencari pasangan hidup yang lain. Pada hakikatnya mereka begitu saling memerlukan. dan pada satu ketika, mereka mula sedar bahawa mereka merasa hipokrit dengan pasangan masing-masing dan akhirnya mereka berterus-terang mengenai keaadaan sebenar. Setelah berpisah dgn pasangan, mereka telah meluahkan perasaan di antara satu sama lain dan akhirnya mereka rasa bahagia kini kekal milik mereka selamanya.namun kebahagiaan itu tidak lama apabila bumi buat hal,bumi telah menghancurkan hati kasih dengan kembali ke perangai lama bumi yang menghisap dadah. Pada hakikatnya, bumi telah sengaja diperangkapkan oleh rakan-rakan untuk berhibur dan menghisap dadah. Pada kasih, hal itu telah membuatkan kasih sudah hilang kepercayaan dan hilang kasih sayang kerana  bumi telah melanggar syarat2 bahawa kasih tidak mahu bumi terlibat dgn dadah.  Ini kerana kasih telah kehilangan ibunya dissbkan dadah dan beliau amat membenci perkara yang berkaitan dgn dadah. tanpa menunggu penjelasan dari bumi, kasih telah mengambil keputusan untuk mehilangkan diri dan memulakan hidup baru di tempat lain. Puas sudah bumi mencari di merata-rata tempat, tidak masih tidak berjumpa. setiap ari dan ketika,bumi begitu merindui saat2 indahnya bersama kasih.  Manakala kasih terus-terusan memulakan hidup baru dan setelah sekian lama, kasih berjumpa semula dgn bekas pasangannya. kasih telah kembali menjalinkan hubungan dan akhirnya kasih telah bersetuju untuk berkahwin dgn pasangannya itu. sebelum berkahwin, kasih telah pergi ke tempat kasih dan bumi selalu lepak. dan pada ketika itu juga, bumi juga  turut pergi ke tempat tu.mereka seolah-olah tidak percaya bahawa akan berjumpa disitu dalam keadaan sebegitu. bumi begitu kecewa dengan apa yang sedang dilihat dan berlaku, kasih pula telah menerangkan bahawa beliau sudah cuba untuk kembali tetapi pelbagai halangan yang datang. bumi pula tidak dapat menerima kenyataan kasih. akhirnya kasih pergi meninggalkan bumi. setelah sekian lama tu, bumi kembali kepada kekasih lamanya untuk menghilangkan perasaan kecewanya terhadap kasih. sejak berkahwin, mereka sudah tidak bertemu sehingga satu ketika di mana bumi sedang membawa anak perempuannya untuk bermain di taman permainan telah terserempak dengan kasih yang pada ketika itu juga turut menemani anak lelakinya bermain. masing-masing bertnya khabar dan bertanyakan kehidupan selepas berkahwin.keadaan pada ketika itu begitu kekok di antara kedua-duanya. untuk mengelakkan keadaan begitu, bumi bertnyakan pada anak lelaki kasih, siapa nama adik?jawab anak kasih "Ekhsan Hafiz" uncle. Kasih juga turut bertanya siapakah nama anak perempuannya pada bumi, dan bumi menjawab "atikah". Pada saat itu kasih teringatkn ketika mereka bercinta dlu mereka pernah berangan utk menamakan anak lelaki dan perempuan. Kasih telah memilih nama Ekhsan Hafiz dan bumi telah memilih Nur Husna. tetapi kasih tetap memilih nama anaknya dgn pilihan yang telah dipersetujui dgn bumi dlu, tetapi bumi pula tidak. Ketika itu, kasih mula terasa dan meminta diri untuk pulang, slps itu,kedengaran orang gaji bumi memanggil nama kasih pada anak perempuan bumi. Dan taulah kasih, bahawa walaupun bumi tidak menamakan anak perempuannya nur husna, tetapi bumi telah mengabadikan namanya kepada nama anaknya.then citer terus tamat..kekeke..itulah ending dia,so fhm2 jela ye...akhirnya kasih dan bumi masing2 teruskn la hidup masing dgn apa yang telah ditakdirkan utk mereka berdua.cuba la search kat sini, kot2 ada drama ne utk korang tgk dan lebih menghayati citer ne.so tamat sudah..kay nk balik dh..bye

Wednesday 14 March 2012

KeGeMBiRaaN :)

Alhamdulillah dan tahniah buat sahabat-sahabatku,

1stly tahniah utk my new ofcmate, Azmi sbb dpt baby girl,alhamdulillah, bertambah lagi sorang umat Nabi Muhammad S.A.W....semoga dengan kehadiran bayi ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumahtangga dan bakal menjadi wanita yang berjaya dalam dunia dan akhirat, insyaALLAH, AMIN.

DAN

Tahniah juga buat sahabat karib suka duka,Aziah yang telah disahkan mengandung selama 4 minggu. yang kelakarnya, bila mula2 "kwn" dia tu xdtg, dia jadi mengelabah, siap sms dgn aku ckp, "Beb,nape erk aku punya ne,kejap ada, pastu mcm xde"..dan aku bls blk sms dia, aduyai,ko lg expert psl ne,ko kan nurse bidang tu,mesti ko lg tau,last2 dia kata dia pun dh blur sbb bnda ne,rupa2nya ada hikmah di sebalik itu, Rezeki anak rupanya, i'm so happy 4 u my dear...den siap minta tips lg,hehehe,papepun diharapkan supaya menjaga diri dan kandungan baik-baik,jangan lasak2 kay..hehe.

Sunday 11 March 2012

Innalillahiwainnailaihirojiun

Innalillahiwainnailaihirojiun,  sesunguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali, Al-Fatihah buat Puan Zainurul Irma Zamri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Mac 2012 seminggu selepas bayi beliau  telah pergi dulu menghadap illahi.  Sesungguhnya kehilangan beliau sungguh tidak disangka dan semua rakan-rakan masih terasa dengan pemergian beliau.  Kemalangan tanpa di duga, yang berlaku di Lebuhraya Plus Highway ke Utara, berhampiran rnr hulu bernam,kejadian yang telah menyebabkan beliau kehilangan bayi yang baru sahaja dilahirkan 2 bulan sebelum itu dan seminggu selepas kemalangan itu, dikhabarkan pula puan zainurul irma juga telah tiada.

Untuk sekian kalinya aku amat terasa dengan kehilangan beliau even aku xlah close dgn dia, tetapi disbbkan sebelum itu dia byk berurusan dgn aku mengenai cutinya, aku merasa terkilan kerana ketika aku pergi melawat beliau di hosp.slim river, beliau nampak ok, cuma arwah ckp dia kena jahit di kepala sebanyak 7 jahitan dan mengalami sesak di dada. masih terbayang-bayang cara dia bercakap dgn aku, suara dia dalam phone ketika ingin memaklumkan beliau xdpt pergi team building, cara dia berjalan ketika sebelum dia bersalin.rasa mcm xpercaya lagi yang kini beliau telah tiada.

kehilangan arwah juga turut menyedarkan aku dan ianya mengingatkan aku bahawa tidak kira usia kita akan pergi meninggalkan dunia ini, dan tidak kira di mana kita berada, bila-bila masa juga nyawa boleh dicabut oleh Malaikat Maut. hati ini bertnya,sudah cukupkah amalan aku? bersediakah aku untuk dihitung?pelbagai soalan timbul dibenak fikiran ku.

Semoga roh arwah dan bayi beliau dicucuri rahmat. Dan pada keluarga beliau diucapkan takziah.