i'm Yours

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 30 December 2011

PeRaSaaN


sure korang semua terkejut dgn post aku kali ne,sbb aku xpnh luah kat sini,
tp sbb aku rasa cam nk share ape yg aku rasa.
sure pelik sbb nape lak aku tetiba letak pic ne kan....
sbnrnya dh sebulan lebey aku camne....kdg2 aku nangis,xtau pasai apa,
pastu yg bertambah sebak bila tgk husband aku,sedih sgt..
husband pun perasan bila tiba2 aku diam,padahal sblm tu aku beria 
bersembang dgn dia,lps tu aku pandang dia,sayu aku tgk..
bila dia tnya,mcm terkunci mulut aku ne nk sebut..sbb dia pnh ckp
aku ne suka layan emosi sgt..asyik nangis je,tgk drama nangis,tgk berita nangis,
semua nk nangis..jd lps dia dh ckp camtu, aku pun xde la nk ckp dgn dia.
jd aku pun senyap,aku hnya jawab xde ape..ok je.
penat kot..sbb tu nangis..(tu jwpn aku,xlogik kan)
dia pun trs diam dgr jwpn aku
tp sbnrnya ada sbb kenapa aku nangis...
hnya aku dan ALLAH S.W.T je yg mengetahui.
Ya ALLAH, tenangkan jiwa hati ku ini.AMIN.

P.S : Korang jangan risau okey..aku OKEY SGT2 :)

Monday 19 December 2011

Aku Adalah Syaitan



Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut

Thursday 15 December 2011

Hargai Isteri


*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi, besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur....dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... ..... 

Moral of de story :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so suami2 di luar sana hargai la isteri anda..
 

Thursday 20 October 2011

PRIMA@11 PUTRAJAYA

ALHAMDULILLAH...syukur ke hadrat ALLAH S.W.T, aku seolah-olah tidak percaya yang nombor aku untuk permohonan rumah PR1MA@11 Putrajaya berjaya dalam cabutan undi yang berlangsung pada 15/10/2011, pada hari berlangsungnya majlis cabutan undi tersebut aku x g pun, aku blk kg, aku xdela teruja untuk memohon tp aku hanya cuba nasib,insyaALLAH kalau ada rezeki,aku akan dapat...ngeee(senyum lebar mcm sinchan), dan  xdisangka2 nombor aku terpilih untuk permohonan rumah PRIMA@11 Putrajaya.punya la terkejut, sampai menjerit kat husband yang nombor aku ada dalam list permohonan rumah PRIMA. ALHAMDULILLAH, aku rasa bersyukur sangat,yelah bukan senang nk beli rumah dgn harga yang telah diberi diskaun oleh kerajaan dan tambahan pula rumah yang nk dibeli tu pula di kawasan yang tinggi nilai hartanahnya. semoga urusan pembelian rumah ini berjalan dengan lancar, InsyaALLAH, AMIN.

Sunday 16 October 2011

PERBUALAN BAYI


***Nota : Copy Paste dari my email utk uols semua


PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA: 
Baca dan hayati kisah di bawah ini..Fahami mesej yang cuba disampaikan. 
Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Saturday 15 October 2011

TIPS MEMAGAR DIRI


Tips Untuk Memagar Diri:
Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa... bagi memagar diri anda.
Caranya:

1. Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke KIBLAT.

2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.

3. Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa anda membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda satu tembok yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. (Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.)

5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.

Monday 10 October 2011

Kenaikan Tahunan Penjawat Awam

Berita hangat...berita hangat untuk semua kakitangan kerajaan,

Senarai Kenaikan Tahunan untuk semua gred penjawat awam di bawah
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Gred 1-16   : RM80
Gred 17-26 : RM 120
Gred 27-40 : RM 160
Gred 41-48 : RM 220
Gred 52-54 : RM 260
Jusa A,B,C : RM 320

Tuesday 6 September 2011

JeMpuT MaKaN :)



Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,

erm..sengaja diletakkan pic ne terlebih dlu sblm diceritakan sejarahnya.ini adalah menu untuk hari ini.ikan masak taucu, sayur fat choy tiram,telur dadar dan karipap best. so layan kan aje ye,masak xde sedap mana pun,tp setakat mkn berdua skrg masih boleh diterima,nasib baik incik suami jenis xbanyak karenah, senang nk dijaga, bila tnya dia nk mkn ape,msk aje apa2,xpun dia tnya kita balik, nk mkn ape.sabar jela.tp skrg dh tau peberet dia..huhu,sdg berusaha untuk belajar memahami perutnya :)

Kembali Asal

Assalamualaikum dan salam aidilfitri,

Bersawang dh blog ne,punya la lama x menulis.quite buzy skit...huhu,smlm aku telah kembali pada yang asal,kembali ke rumah,kembali menyempurnakan kehidupan seperti biasa dan kembali bekerja mengikut rutin sebelum ini.baru terasa penat bila sampai aje di rumah dan nasib baik aku pulang awal,klu x mau menempuh jem spt yg diceritakan oleh kwn2 yg mengalaminya.alhamdulillah sepanjang perjalanan pulang,keta x banyak dan segalanya lancar sehingga putrajaya.aku pun dh mula bekerja,ofis mcm sebelum raya,sunyi lagi,agaknya masih ramai berada di kampung atau dalam perjalanan pulang ke sini.even dh keja,tp hati kat kg lg,teringat kat atuk dgn opah,adik2.xpe minggu ne blk kg lg.


Sent from ardini Whiteberry® via Axiata

Monday 5 September 2011

Menu Harian

Assalamualaikum dan salam aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Hari ini  Isnin 5 September 2011 bersamaan 7 syawal 1432H.
Hari ini aku berpuasa, menunaikan bagi yang ganti dan yang sunat.insyaALLAH semoga dipermudahkan diriku untuk menjalani ibadah ini. Pagi-pagi lagi dh terpk nk masak ape utk berbuka?nk makan ape ye?jenguk-jenguk,intai-intai dah kat sini tp cam byk sgt menu nya,dh xtau lak nk yg mana,nmpk sgt nafsu makan tinggi..huhu,dh berpk dan dh bertanya serta dh bersoal jawab dgn kengkawan sebelah kiri kanan depan belakang,xde jugak menu yang menarik di hati.akhirnya bila petang bru terasa nk mkn kari udang..kes teringat kat mak mertua punya penangan la ne.langsung terus print resipi.4.30 ptg punch out terus gerak p pasar ,barang dh list siap2,so bila g psr senang skit,terus direct g kat tmpt dia.smpi umah prepare apa yg patut..husband lak balik terus tolong siang udang,masing2 ada peel sndiri,yg aku mmg nk udang dikopek semua,yg dia lak xnk,ikut suka,so dlm kari udang tu, separuh ada udang yg dah siap dikopek dan separuh lak tak kopek.nasib baik mkn 2 orang je,klu ada tetamu lain,mau digelaknya tgk kari udang aku.pastu lauk lain aku juz tumis tauge mcm teppanyanki tue dan goreng karipap skit.itula menu utk kami berdua berbuka.Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dengan rezeki yang diberi.


Friday 26 August 2011

Mood Raya :)

sunyi sepi ofis ari ne,sdgkn masih dalam minggu terakhir berpuasa.perancangan awal agaknya,untuk mengelak kesesakan di jalanraya.mood raya pun tiba la hinggap di hati ne bila terdengar alunan muzik lagu raya kat ofis,dlm keta,shopping mall.semua lagu raya.nk bg feel lebey mood raya katakan.

Sent from ardini Whiteberry® via Celcom

Wednesday 24 August 2011

Gembira @ Duka

Salam Ramadhan untuk semua,

sob..sob..sob..(rasa nk guling2 nangis jap leh x)..huhu..sure korang trtnya kenapa  aku jadi camtu kan,tp aku nk citer psl gembira dlu,
aku gembira sbb akhirnya dpt "pakaian khas" utk KIK,
aku gembira juga sbb dh dkt nk raya..(korang pun kan)
aku gembira sbb dikurniakan ramai orang yang begitu mengambil berat dan prihatin terhadap diri aku ne.
aku gembira kerna mempunyai rakan yang senantiasa menjadi penyokong aku.
aku gembira kerna memiliki suami yang begitu memahami dan menyayangi diri ini.(touching skit)
glow...glow....glow..air mata kian deras berjujuran,kian sesak nafas di dada,kian sakit kepala memikirkannya, adakah aku tidak dapat menerima kenyataan?adakah aku terlalu berat untuk meninggalkan segalanya?adakah semua ini berlaku atas kesilapan diriku sendiri?adakah aku sudah tidak diperlukan lagi?adakah ini satu cabaran dan pembaharuan kepada diriku?adakah semua ini akan berlaku?bila?dimana?terlalu banyak persoalan yang menghantui diri aku skrg ne.terlalu besar impaknya pada diriku.aku harapkan ada sinar yang akan berlaku esok hari.insyaALLAH,amin.

Jangan kalian menduga perkara sedih yang tidak dapat diteruskan untuk dicoretkan disini. ingin diluahkan tetapi hati berkata,sabar la dlu,mana tau tetiba result bertukar menjadi asal kembali.aku harus tabah dan redha dengan segala ketentuanNYA...insyaALLAH, akan ku ceritakan pada kalian bila keputusan sudah diambil.

Friday 19 August 2011

Duit Raya oh Duit Raya

Selamat Pagi dan Salam Ramadhan

Syoknya kalau dapat duit raya mcm pic kat bawah ne dan jgn igt ne duit hasil skim cepat kaya okey...i'm not interested about dats..huhu


tp ini sememangnya duit raya yang aku dapat..hehe,gurau je.so pls lps ne korang jgn suh sape2 cari aku rompak aku kay...ish minta dijauhkan.actually aku bertanggungjawab dlm urusan penukaran duit bagi unit pentadbiran dan kewangan sempena hari raya yang bakal tiba.agak gerun dan takut bila pegang duit orang ne,yelah tiba short lak kang,susah lak.naya lak diri aku.maklumla jd banker terjun aje ne.kekeke.tp nasib baik lah,sbb dgn ada kepakaran dari aniza,kak sary,kak ana dan ain,maka settle semua pembahagian duit raya ne.dalam kitaorg tgh2 kira tu,bila dh diasingkan mengikut nama dan wang yang dikehendaki,ada lak terlebih RM500 duit RM 1.00,kitaorg kena la kira semuanya balik.aduh,mmg terasa risau bila uruskan psl duit orang ne.alhamdulillah,akhirnya bila semua dh settle maka sesi pembahagian dilaksanakan dengan bukti-bukti yang ada di bawah,hehe,manala tau tetiba kata duit raya xdpt dr aku,naya2.jadi aku decide utk amik gambar sebagai bahan bukti yang menyatakan aku dh pun menyerahkan kesemua duit raya yang hendak ditukarkan.lastly, nk ckp selamat berbelanja dengan berhemah :)






pegawai kira-kira

jgn slh fhm,kami tlg kira aje duit org ne :)

duit yang bakal diagihkan pada empunya masing-masing

tukang kira pun dapat gak

bukti penyerahan :)

pegawai kira-kira pun dapat jugak..yea..leh minta duit raya ne
penyerahan pada bos kami
akhirnya,penyerahan pada diriku oleh pegawai kira-kira

Tuesday 9 August 2011

Bonus Setengah Bulan Gaji Utk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan

Alhamdulillah syukur.Terima Kasih PM. Mengikut berita dari utusan yang menyatakan ;-

* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimun RM500 kepada 
   1.27 Juta Penjawat Awam persekutuan bulan ini.(hehe..laju2 pi check payslip tgk basic)
*PM kata gak,kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran khas buat pesara kerajaan sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.(hehe..leh adjust atuk suh belanja makan cendol tepi kfc)

okey..even dh dpt "angpow" raya ne,kita semua jangan sedap belanja berlebihan, igt utk tgh bln dpn lak.sat g sakit lak tgh bulan,nti silap2 makan maggi je, dan xlupa juga bila dh ada rezeki lebih ne,kita bersedekah pada yang lebih memerlukan.lebih banyak memberi,kita akan lebih banyak menerima,cewah hehehe papepun sila berbelanja dengan berhemah kay.

Selamat Berbuka,

Ardini



Monday 8 August 2011

FaReWeLL eX-JANM WPP

Makan lagi..alhamdulillah,syukur nikmat diberi oleh NYA. Sekali lagi kitaorg semua dapat berkumpul ramai-ramai untuk makan-makan lagi.suka kan bila makan,bila weight dh naik barula ckp xnk mknla,diet la,ape la.tp xpe,tu nti kita diet kemudian okey..lgpun dh nk puasa,jd nti time bulan posa insyaALLAH,kurus.amin3.Makan2 ne diadakan bagi meraikan rakan-rakan seperjuangan yang telah bersara dan bertukar. juz nk share dgn uols kemeriahan farewell ne..jom layan pic


3 aweks JANM WPP
wiff aniza
dalam lif smpt lg pose..kekeke
kat parking pun nk pose lg..
sbnrnya dera ain jd photographer..
lg2 asyik muka dia je selalu..kekeke
melaram sat dgn keta penaja ke perantau :)
org2 penting ne :)


























Makluman utk Gov Staff

Uols suka cuti x?sure suka kan, tp apa kena mengena cuti dgn tajuk kat atas ne..hehe,saje je nk bagi gempak.actually pasni korang dh blh apply cuti thru sms je.bukan la xpyh pakai HRMIS, still pakai cuma jpa dh memudahkan lagi kakitangan kerajaan memohon cuti. lagpun HRMIS pun selalu gak line dia busy,kdg2 smpi hang pc dibuatnya.Pihak JPA sedia maklum, xsemua rumah mempunyai komputer peribadi dan ie.jd tu salah satu solution untuk uols semua termasuk den ne apply cuti. so rite now leh apply cuti raya thru sms.saje ngade2 nk test kan,kekeke.sebelum terlupa, ne tutorial untuk apply cuti.

Taip JPA HRMISCUTI <NO. KAD PENGENALAN BARU><TARIKH MULA DDMMYYYY> <TARIKH AKHIR DDMMYYYY>
(Contoh: JPA HRMISCUTI 123456789012 19082011 20082011)
klu uols nk tau lebih lanjut pasal hal ne..korang leh tgk kat link sebelah ne Cuti-Cuti
so those yg nk cuti tue,cepat2 apply skrg.ok daaa :)

Thursday 4 August 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR aDiK

ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan Mohammad Izwan,
ALLAH selamatkan kamu.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 13
Semoga senantiasa dirahmati oleh ALLAH S.W.T
Semoga diberkati oleh ALLAH S.W.T
Semoga menjadi seorang muslimin yang senantiasa mengingati ALLAH S.W.T
dan tidak lupa menunaikan perintahNYA
Seorang menjadi anak yang taat pada Ibubapa
Semoga menjadi  seorang pelajar yang rajin dan bersemangat.

InsyaALLAH.  Kaklong senantiasa mendoakan untuk adik.Amin.


Wednesday 3 August 2011

Ramadhan Terindah

Alhamdulillah,syukur ke hadrat illahi kerna diberi kesempatan kepada diriku buat pertama kali untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dibulan ramadhan kali ini. Terlalu byk perbezaan yg di alami oleh diriku.mungkin ini adalah perkara biasa pada orang lain tp tidak bagi diriku. Bersyukur juga sbb mempunyai suami yang tidak banyak kerenah dan 'ok aje' bila pasal makan. tp itu bukan la satu alasan bagi aku untuk mengambil remeh mengenai makanan yang mahu disediakan. kdg2 tnya gak dgn dia nk mkn apa?tp dia jwb msk je apa2.so apa yg selera pd aku la akan jadi hidangan kami berdua. beza bujang dan dah berkahwin, dlu time sahur,xyah bgn pun xpe,still leh thn lagi,skrg dh kawin,kul 4.30 pg dh bgn,masak tumis sayur,goreng ikan.dlu time bujang,klu nk sahur,kuar p cari kedai mamak,punya mls nk msk,skrg duk umah masak utk suami.dlu time bujang waktu buka,leh tapau mkn nasi bungkus je,skrg kena pk xkan nk bg laki mkn nasi bungkus(silap2..laki cari lain klu dh gini tiap2 ari).dlu bujang,dlu lps sahur,leh tdo blk,skrg tak dan nk tdo blk,kena iron bju,kemas umah.nk story kat uolls ne,kes trjdi pg td..aku tdo bila smpi ofis,pnya la ngantuk smpi xsedar,nasib baik kak busu dtg kejut nk tnya psl laptop,dlu p terawih sorang2 kat surau bwh umah je,skrg dh kawin leh p terawih kat masjid putra.(padahal dlu pnh g dgn aniza)..kekeke,waktu bujang pun leh g gak masjid putra+masjid besi.tp itula sbnrnya asam garam kehidupan.ramadhan kali ne sangat indah bila dh berdua.uolls pun mesti camtu gak kan,ce kongsi skit,apa beza dlu dan skrg?

Sunday 31 July 2011

SaLaM RaMadHan

Assalamualaikum w.b.t ,

Salam Ramadhan buat semua,

Dikesempatan ini saya dan  InCik suami ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENJALANKAN IBADAH dengan penuh khusyuk dan semoga diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T, insyaALLAH.Kami juga ingin memohon AMPUN dan MAAF seandainya pernah membuat kesilapan, baik yang tidak disengajakan mahupun disengajakan. Semoga Ramadhan kali ini dapat memberikan lebih pahala dan rahmat dariNYA.amin.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Saturday 30 July 2011

HAPPY BORNDAY SAYANG

Buat Suami Tersayang dan Tercinta 
Sayang/eJoY/AnGaH/pJoy


Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Kami berdua..
Allah Selamatkan Kami..

(nk wat ucapan jiwang sat..hehe)
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Buat Suamiku...
Sayang doakn semoga u menjadi suami yg bertanggungjwb,
sentiasa taat dan setia pada Allah S.W.T, Ibubapa dan Isteri(ofkos la kan)
semoga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga Illahi, insyaALLAH, AMIN.
semoga u terus success dalam apa jua bidang yang u ceburi dan u minati
i'll always support u...
semoga kita terus tabah dan sabar dalam mengharungi cabaran di alam perkahwinan ini..
semoga kita dapat mencapai target utk dpt anak kembar(tipu..tu aku je..dia kata sorang cukupla)
apa jua, i tetap sayang u hingga ke akhirat, Amin.

ne nk story bout celebration buffday dia...hehe..aku jer yg over smbut buffday dia,tp dia lupa..adoyai, hari lahir sndiri dh lupa,nti time buffday,anibesary lagi la dia lupa...xpe,asalkn dia sayang aku je...(obernya ko)
actually buffday dia jatuh pada hari bekerja iaitu smlm,jumaat 29/7, tahun aku trpksa silent sbb dia tu bila org tnya dia kata dia tu lagi muda dari aku padahal dh naik 3 series.xnk ngaku umur tu dh meningkat.
so bila hari bekerja ne,dia mmg aku akui sentiasa bz je manjang, nasib baik bini leh sabar dan setia menanti :)hahaha...padahal duk call tnya bilankbalik2..
then kebetulan dia ada kena g site kat menara maybank,kL..aku pun dari putra drive g sana,terkedek2 aku nk wat suprise utk dia...kek dh beli,special homemade dari aku..eh silap,dari kak ekin,ofcmate yg terror wat kek ne...klu nk order blh la...sdp lak tu..hrga pun xlah smpai ratus..puluh2 aje...(harga mampu milik)..hehe..promote2..mana tau dpt kek free lak pasni..ok ne vlog kak ekin..kot2 berkenan nk oder...tp aku rasa dia jrg skit update dlm vlog,kat FB dia mybe selalu kot...so korang tgk sndiri yea..so smbg blk,pastu aku pun bila dh smpai trs call, yunk,i kat loading bay maybank ne..jom mkn,konon aku pun wat xtau ler,saje nk test dia igt ke x...rupenya mmg cnfirm dia xhingat..sbb ape,bila dia turun jmpa aku,leh selamber tnya,nk mkn kat mana?nk mkn ape?mamak dpn ne boleh?alamak aii...mula la mulut aku jadi mcm mucung itik gembo2 tu..tp aku kan terror bab pujuk2 psl mkn ne..apa lagi,trs ckp,yunk,i ne dh jemu mkn mamak tiap2 ari,ari ne kita mkn western blh x?konon nk bg hint,tp mmg sepatah haram dia wat dek je...xpe2..sterusnya dia pun pusing la kat area jalan kat menara tu punya nk cari makanan western,xjmpa yg aku berkenan..sbnrnya aku gatal nk mkn TGI,dh lama aku usha..saje suh dia drive,cari kedai yg dpn2 skit,mula2 jmpa secret recipe,aku ckp xnkla,gemuk nti mkn kek,ok jalan cari lagi,jmpa old town,xnk la,dh jemu asyik old town je..aku trs ckp leh x nk mkn TGI,i belanja..trs setuju bila ckp camtu...cari2 pnya cari jmpa kat la satu outlet TGIF kat menara hap seng, jln p.ramlee. then time nk kuar keta tu,dia tnya apa aku bwk tu?adalah,,rahsia.smpai atas bru leh bg tgk..so pas oder dh settle apa semua,aku trs nyanyi..hehe..waktu tu dia cam terperanjat,dia siap tnya bpe haribulan,adoi2..mmg sahla bila dh tkr angka 3 kat dpn tu,mmg jadi pelupa(tipu je....sbb dia bz sbnrnya)..so pastu korang fhm2 jela ye..aku nk dinner ngan suami tercinta..hehe...jgn jeles,tp at last,aku puas ati sbb dpt belanja dia mkn...hadiah utk dia "jam" dgn alasan aku supaya dia sentiasa igt masa2 dan kenangan sepanjang bersama aku..so tamatla coretan aku yg panjang berjela ne..so next it's my buffday lak..nk tgk..dia igt ke x?hopefully dia igt,xminta apa2..cukup dgn wish pun ok(konon je..padahal menjerit nk Ipad)..huhu..so jom layan pic yg xsengaja di snap ketika suprise itu berlaku..........

menu dh ada..jom pilih...

muka terkejut sbb aku wat suprise..hahaha

muka agak touching ketika ini..
sbb aku kutuk ckp umur dh tukar angka 3 di dpn..hehehe

kek by kak ekin

muka pnt sbb aku paksa dia potong kek

ne yg dia oder..apa ntah..aku pun dh xigt nama dia

xtau nk mkn mana satu...huhu

GIVE ME MORE FRIDAY'S
 (mula2 igt ari jumaat je leh g mkn ,rupanya sangkaanku meleset...
maklumla org kampung...huhu)

ne pasta yg aku oder..seyes sdp dan rasa nk lagi

buffday boy..ops bkn boy lg..buffday man..eh blh ke?
xpnh dgr pun..heheh 

view dari TGIF ke arah bukit bintang

view sblh kanan..u c wat i c?haaaa....hahaha

finally,tercapai hasrat aku nk dinner dgn DIA kat sini...huhu..
(agak kopak jugakla klu tiap2 ari mkn sini,setahun sekali blh)

-  THE END -xoxo ;)