i'm Yours

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 7 May 2012

jom belajar masak western food

Okey hari ne nk kongsi resipi yang aku belajar time demo masakan oleh salah sorang bos aku kat ofc. Resipi yang aku nk share ne adalah Grill Chicken Chop dan Lamb Chop.so kali ne aku xnk panjang lebar berceloteh, let's go thru, untuk resipi yang pertama,

Ayam Grill 
Ayam digoreng separuh dlu & panaskn dlm oven 180 darjah celcius selama 20 minit
Mixed herbs (ikut suka 
Garam 1/2 sudu besar
Brown Sugar 2 sudu
Minyak jagung 2 sudu
Lemon 1/2 biji utk diperah atas ayam
Kicap pekat 1 sudu
(Bahan-bahan yg dihighlight italic dikacau dan diperap ke atas ayam selama mana yg korang suka)
hehehe...jgn smpai reput lak ayam tu..ngee)

Lamb Chop/ Beef
Sos Lea Perrins 1 botol
Sos tomato maggi
Sos lada hitam 1 sudu 1/2
(Bahan-bahan yg dihighlight italic dikacau dan diperap ke atas lamb/beef selama 1 hari)

1) Letakkan planta sedikit ke atas kuali non stick(guna kuali tu spya xmelekat)
2) Setelah bahan-bahan lamb chop itu diperap selama 1 hari, goreng di atas kuali yang letak planta td
3) ketika goreng lamb tu, uols balik2 kan spya kedua2 belah masak dan tutup kuali tersebut dan tgu    
    sehingga betul2 masak dan boleh dihidangkan utk mkn.

Sos 
1) masukkan 2 sudu planta ke dalam kuali
2) masukkan tepung gandum 2 sudu
3) kemudian masukkan susu cair dalam kuali
4) masukkan kiub ayam 1 ketul
5) masukkan air 1 mug
6) masukkan lada hitam 1 sudu
7) masukkan kicap pekat 3 sudu
8) masukkan sedikit garam
9) masukkan bawang yang telah dipotong kiub
10) dan yg terakhir, masukkan mushroom dlm kuah (sekiranya nk)

Sayur
1) Rebuskan brokoli/carrot  yang telah dipotong kecil2 ke dalam air garam
 2) Toskan dan disapu dgn planta

Kentang
1) masukkan planta ke dalam kuali
2) basuh kentang dengan span dan rebus bersama kulitnya sehingga lembut
3)  tumis sebijik bawang merah/holland dan 1 ketul bawang putih 
4) then, letak sdikit garam/black pepper 1 sudu
5) then masukkan kentang yg tlh direbus dan ditos td.
6) last masuk lg black pepper dan daun sup utk wangikan kentang.

Deep Fried
1) Tepung gandum + Bread Crumbs + garam 1 sudu kecil - (gaulkan dengan ayam)
2) kacau telur 2 biji - (letakkan ayam td ke atas telur)
3) kemudian dh blh goreng.

2 comments:

Aku said...

nak cuba ah nnti, suka2

sweetluvardini said...

blh2..nti cuba htr skit umah eja ye..hehehe