i'm Yours

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 11 March 2012

Innalillahiwainnailaihirojiun

Innalillahiwainnailaihirojiun,  sesunguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali, Al-Fatihah buat Puan Zainurul Irma Zamri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Mac 2012 seminggu selepas bayi beliau  telah pergi dulu menghadap illahi.  Sesungguhnya kehilangan beliau sungguh tidak disangka dan semua rakan-rakan masih terasa dengan pemergian beliau.  Kemalangan tanpa di duga, yang berlaku di Lebuhraya Plus Highway ke Utara, berhampiran rnr hulu bernam,kejadian yang telah menyebabkan beliau kehilangan bayi yang baru sahaja dilahirkan 2 bulan sebelum itu dan seminggu selepas kemalangan itu, dikhabarkan pula puan zainurul irma juga telah tiada.

Untuk sekian kalinya aku amat terasa dengan kehilangan beliau even aku xlah close dgn dia, tetapi disbbkan sebelum itu dia byk berurusan dgn aku mengenai cutinya, aku merasa terkilan kerana ketika aku pergi melawat beliau di hosp.slim river, beliau nampak ok, cuma arwah ckp dia kena jahit di kepala sebanyak 7 jahitan dan mengalami sesak di dada. masih terbayang-bayang cara dia bercakap dgn aku, suara dia dalam phone ketika ingin memaklumkan beliau xdpt pergi team building, cara dia berjalan ketika sebelum dia bersalin.rasa mcm xpercaya lagi yang kini beliau telah tiada.

kehilangan arwah juga turut menyedarkan aku dan ianya mengingatkan aku bahawa tidak kira usia kita akan pergi meninggalkan dunia ini, dan tidak kira di mana kita berada, bila-bila masa juga nyawa boleh dicabut oleh Malaikat Maut. hati ini bertnya,sudah cukupkah amalan aku? bersediakah aku untuk dihitung?pelbagai soalan timbul dibenak fikiran ku.

Semoga roh arwah dan bayi beliau dicucuri rahmat. Dan pada keluarga beliau diucapkan takziah.

2 comments:

Mya Syazmaya said...

innalillah.. akak pun sedih dengar berita ni. pagi arwah meninggal tu, opis kat sini pun ada buat announcement. aku terus kol kak ayu, ktorg nangis tau ja. even akak tak kenal dengan arwah, tapi hati akak terasa sangat ja.. moga arwah dan anak kecilnya ditempatkan dikalangan orang beriman... amin..

sweetluvardini said...

itulah,kitaorg kat sini pun semua xbersemangat langsung nk wat keja,xde hati nk wat keja,tp itulah dh ajal dia kan kak..smpi ari ne,semua org masih cerita psl dia,seolah-olah mcm dia ada lagi,citer dia suka mkn ne,dia ne jenis pendiam..pastu anak dia yg terselamat tu, smlm dah start cari mak dia,tnya ibu mana..sedih dgr.insyaALLAH, semoga roh dia tenang di sana.