i'm Yours

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 20 October 2011

PRIMA@11 PUTRAJAYA

ALHAMDULILLAH...syukur ke hadrat ALLAH S.W.T, aku seolah-olah tidak percaya yang nombor aku untuk permohonan rumah PR1MA@11 Putrajaya berjaya dalam cabutan undi yang berlangsung pada 15/10/2011, pada hari berlangsungnya majlis cabutan undi tersebut aku x g pun, aku blk kg, aku xdela teruja untuk memohon tp aku hanya cuba nasib,insyaALLAH kalau ada rezeki,aku akan dapat...ngeee(senyum lebar mcm sinchan), dan  xdisangka2 nombor aku terpilih untuk permohonan rumah PRIMA@11 Putrajaya.punya la terkejut, sampai menjerit kat husband yang nombor aku ada dalam list permohonan rumah PRIMA. ALHAMDULILLAH, aku rasa bersyukur sangat,yelah bukan senang nk beli rumah dgn harga yang telah diberi diskaun oleh kerajaan dan tambahan pula rumah yang nk dibeli tu pula di kawasan yang tinggi nilai hartanahnya. semoga urusan pembelian rumah ini berjalan dengan lancar, InsyaALLAH, AMIN.

Sunday 16 October 2011

PERBUALAN BAYI


***Nota : Copy Paste dari my email utk uols semua


PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA: 
Baca dan hayati kisah di bawah ini..Fahami mesej yang cuba disampaikan. 
Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Saturday 15 October 2011

TIPS MEMAGAR DIRI


Tips Untuk Memagar Diri:
Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa... bagi memagar diri anda.
Caranya:

1. Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke KIBLAT.

2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.

3. Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa anda membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda satu tembok yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. (Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.)

5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.

Monday 10 October 2011

Kenaikan Tahunan Penjawat Awam

Berita hangat...berita hangat untuk semua kakitangan kerajaan,

Senarai Kenaikan Tahunan untuk semua gred penjawat awam di bawah
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Gred 1-16   : RM80
Gred 17-26 : RM 120
Gred 27-40 : RM 160
Gred 41-48 : RM 220
Gred 52-54 : RM 260
Jusa A,B,C : RM 320