i'm Yours

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 15 March 2012

Kasih Bumi

"Happy Friendivesary Day"

itulah ucapan  yang diungkapkan dalam drama Kasih Bumi yang ditayangkan malam td di TV9 jam 8.30. Story ne best, mula2 je dah kelakar, tambah lak pelakon dia pun sememangnya jenis giler2 dan happy go lucky, mmg kena la dgn watak tu. Citer tu mengisahkan 2 orang sahabat baik(lelaki & perempuan) yang telah berkawan dari kecil hingga dewasa, 2 sahabat ne mengalami masalah keluarga yang sama, bagi kasih, ibunya yang merupakan seorang penagih dadah yang terlampau sehingga menyebabkan kasih tertekan dan mencari dunia luar.walaupun tertekan dgn mslh keluarga, kasih tidaklah mengikut jejak langkah ibunya.manakala bagi bumi pula, bapa yang sering tidak pulang ke rumah dan mengabaikan dia dan ibunya, dan telah mengakibatkan bumi mencari kebahagiaan di luar.kasih dan bumi menjadi sahabat baik yang paling akrab sehingga masing-masing menyayangi antara satu sama lain,tp disbbkan keegoaan masing-masing untuk menyatakannya membuatkan kedua-duanya memilih untuk mencari pasangan hidup yang lain. Pada hakikatnya mereka begitu saling memerlukan. dan pada satu ketika, mereka mula sedar bahawa mereka merasa hipokrit dengan pasangan masing-masing dan akhirnya mereka berterus-terang mengenai keaadaan sebenar. Setelah berpisah dgn pasangan, mereka telah meluahkan perasaan di antara satu sama lain dan akhirnya mereka rasa bahagia kini kekal milik mereka selamanya.namun kebahagiaan itu tidak lama apabila bumi buat hal,bumi telah menghancurkan hati kasih dengan kembali ke perangai lama bumi yang menghisap dadah. Pada hakikatnya, bumi telah sengaja diperangkapkan oleh rakan-rakan untuk berhibur dan menghisap dadah. Pada kasih, hal itu telah membuatkan kasih sudah hilang kepercayaan dan hilang kasih sayang kerana  bumi telah melanggar syarat2 bahawa kasih tidak mahu bumi terlibat dgn dadah.  Ini kerana kasih telah kehilangan ibunya dissbkan dadah dan beliau amat membenci perkara yang berkaitan dgn dadah. tanpa menunggu penjelasan dari bumi, kasih telah mengambil keputusan untuk mehilangkan diri dan memulakan hidup baru di tempat lain. Puas sudah bumi mencari di merata-rata tempat, tidak masih tidak berjumpa. setiap ari dan ketika,bumi begitu merindui saat2 indahnya bersama kasih.  Manakala kasih terus-terusan memulakan hidup baru dan setelah sekian lama, kasih berjumpa semula dgn bekas pasangannya. kasih telah kembali menjalinkan hubungan dan akhirnya kasih telah bersetuju untuk berkahwin dgn pasangannya itu. sebelum berkahwin, kasih telah pergi ke tempat kasih dan bumi selalu lepak. dan pada ketika itu juga, bumi juga  turut pergi ke tempat tu.mereka seolah-olah tidak percaya bahawa akan berjumpa disitu dalam keadaan sebegitu. bumi begitu kecewa dengan apa yang sedang dilihat dan berlaku, kasih pula telah menerangkan bahawa beliau sudah cuba untuk kembali tetapi pelbagai halangan yang datang. bumi pula tidak dapat menerima kenyataan kasih. akhirnya kasih pergi meninggalkan bumi. setelah sekian lama tu, bumi kembali kepada kekasih lamanya untuk menghilangkan perasaan kecewanya terhadap kasih. sejak berkahwin, mereka sudah tidak bertemu sehingga satu ketika di mana bumi sedang membawa anak perempuannya untuk bermain di taman permainan telah terserempak dengan kasih yang pada ketika itu juga turut menemani anak lelakinya bermain. masing-masing bertnya khabar dan bertanyakan kehidupan selepas berkahwin.keadaan pada ketika itu begitu kekok di antara kedua-duanya. untuk mengelakkan keadaan begitu, bumi bertnyakan pada anak lelaki kasih, siapa nama adik?jawab anak kasih "Ekhsan Hafiz" uncle. Kasih juga turut bertanya siapakah nama anak perempuannya pada bumi, dan bumi menjawab "atikah". Pada saat itu kasih teringatkn ketika mereka bercinta dlu mereka pernah berangan utk menamakan anak lelaki dan perempuan. Kasih telah memilih nama Ekhsan Hafiz dan bumi telah memilih Nur Husna. tetapi kasih tetap memilih nama anaknya dgn pilihan yang telah dipersetujui dgn bumi dlu, tetapi bumi pula tidak. Ketika itu, kasih mula terasa dan meminta diri untuk pulang, slps itu,kedengaran orang gaji bumi memanggil nama kasih pada anak perempuan bumi. Dan taulah kasih, bahawa walaupun bumi tidak menamakan anak perempuannya nur husna, tetapi bumi telah mengabadikan namanya kepada nama anaknya.then citer terus tamat..kekeke..itulah ending dia,so fhm2 jela ye...akhirnya kasih dan bumi masing2 teruskn la hidup masing dgn apa yang telah ditakdirkan utk mereka berdua.cuba la search kat sini, kot2 ada drama ne utk korang tgk dan lebih menghayati citer ne.so tamat sudah..kay nk balik dh..bye

4 comments:

Azah Skaliskala said...

saya pun tengok gak semalam :D

sweetluvardini said...

hehe, bestkan,syok dpt kawan yg close mcm tu,susah dh nk dpt kwn yg close mcm tu skrg,tmbh lak lelaki.tp sedih bila depa berpisah..tp jodoh pertemuan semua adalah kehendak Allah S.W.T

anor said...

amboi, ooo eja la pengarah citer nie yer.... patut la bleh post sinopsis citer nie....hehehehe...

sweetluvardini said...

hehe..bknla ahlam, kalau eja jadi pengarah, alamatnya xleh cari makan la pengarah citer ne..kekeke,tp pengarah dia suami pada pelakon faezah elai tu...heykal hanifah.